No |
Komponen |
Perkara |
1. |
Pihak Penganjur |
Mamee-Double Decker Distribution (M) Sdn. Bhd. (No
Syarikat 199101012051) dan syarikat-syarikat
sekutunya.
|
2. |
Peraduan |
Peraduan Mamee Monster x Quby |
3. |
Kelayakan |
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur
18 tahun ke atas pada permulaan Tempoh Peraduan
kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli
keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat
sekutunya, pembekal / pengedar, agensi promosi /
pengiklanan / perhubungan awam dan pihak lain yang
terlibat dalam Peraduan ini.
|
4. |
Tempoh Peraduan |
4 Mac 2024 – 28 April 2024 (“Tempoh
Peraduan”)
Minggu Penyertaan
Penganjur akan menerima Penyertaan berdasarkan
siaran media sosial yang dimuat naik pada 4 Mac
2024 atau sebelum 28 April 2024 23:59:59 pada
tarikh terakhir setiap Minggu Peraduan seperti
yang dibentangkan di
bawah:
4 Mac 2024 – 10 Mac
2024
11 Mac 2024 – 17 Mac
2024
18 Mac 2024 – 24 Mac
2024
25 Mac 2024 – 31 Mac
2024
1 April 2024 – 7 April
2024
8 April 2024 – 14 April
2024
1 April 2024 – 21 April
2024
22 April 2024 – 28 April 2024
Pihak Penganjur berhak untuk mengubah,
melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan
menurut budi bicaranya tanpa perlu memberi
sebarang notis terlebih dahulu.
|
5. |
Cara-cara penyertaan Peraduan |
-
Beli produk Mamee Monster x Quby Pek Keluarga
Edisi Terhad.
-
Ambil gambar kreatif bersama Mamee Monster x
Quby Pek Keluarga Edisi Terhad tersebut dan
pamerkan aksi pahlawan terbaik Peserta.
-
Muat naik gambar tersebut ke Instagram, tag
@iammameemonster dan #BecomeMonsterWarrior di
ruangan
kapsyen.
-
Gambar dan kapsyen yang dikemukakan tidak
boleh lucah, memperlekehkan, fitnah atau
tidak sesuai mengikut budi bicara
penganjur, sebarang Penyertaan yang
sedemikian akan terbatal secara automatik.
-
Peserta hendaklah memastikan akaun
Instagram serta muat naik siaran
(“posting”) penyertaan diletakan adalah
pada tetapan “umum” dari masa gambar
dimuat naik atau disiarkan sehingga
selepas Pemenang peraduan diumumkan.
|
6. |
Penyertaan sah |
Hanya penyertaan yang lengkap dan menepati Terma
dan Syarat Peraduan
(“Penyertaan”) sahaja akan
diterima oleh Pihak Penganjur.
|
7. |
Maklumat Peserta |
Pemenang dikehendaki menghantar maklumat seperti
nama penuh, nombor kad pengenalan dan Nombor
WhatsApp untuk tujuan pengesahan maklumat dan
rekod penyimpanan Peraduan melalui mesej terus
(Direct Messages) dilaman rasmi Instagram
@iammameemonster dalam tempoh Tujuh (7) hari
bekerja selepas pengumuman pemenang.
|
8. |
Had penyertaan |
Setiap Peserta boleh menghantar lebih daripada
satu penyertaan.
|
9. |
Cara pemilihan pemenang |
-
Terdapat dua (2) pusingan Peraduan. Pada
pusingan pertama, dua puluh (20) pemenang
mingguan akan dipilih berdasarkan gambar yang
paling kreatif dan menarik selama lapan (8)
minggu (“Pusingan Pertama”).
-
Semua pemenang mingguan daripada Pusingan
Pertama akan layak untuk ke pusingan
seterusnya (“Pusingan Akhir”). Sepuluh (10)
Pemenang Pusingan Akhir akan dipilih
berdasarkan kriteria yang sama, iaitu
berdasarkan gambar yang paling kreatif dan
menarik antara pemenang mingguan.
|
10. |
Hadiah yang ditawarkan |
Hadiah Utama:
Wang Tunai bernilai RM300 dan Mamee Monster x
Quby Limited Edition Warrior Box 10:
Hadiah Mingguan:
Wang Tunai bernilai RM100 x 20
(Sebanyak 160 pemenang yang akan dipilih
sepanjang Tempoh Peraduan)
|
11. |
Had peserta memenangi hadiah |
Setiap peserta layak memenangi Satu (1) hadiah
sahaja sepanjang Tempoh Peraduan. Sebagai
contoh:
- Hadiah Mingguan, ATAU
- Hadiah Utama dan Hadiah Mingguan
|
12. |
[jika berkaitan] Terma dan Syarat khas |
- |
13. |
Pemberitahuan pemenang |
Pihak Penganjur akan mengumumkan senarai peserta
yang terpilih sebagai pemenang di laman sosial
media rasmi Instagram @iamameemonster, tiga (3)
minggu selepas tarikh tamat Tempoh Peraduan.
Pemenang dikehendaki memberi maklum balas
butiran peribadi seperti berikut secara mesej
terus (direct message) dalam tempoh Tujuh (7)
hari bekerja selepas pengumuman pemenang:
- Nama Seperti dalam MyKad
- MyKad nombor
- Nombor telefon (Aktif WhatsApp)
Hadiah Wang Tunai akan diberikan melalui
transaksi pemindahan dalam talian “Online
Transfer” terus ke akaun Pemenang.
Sekiranya peserta terpilih tidak dapat
dihubungi, Pihak Penganjur berhak untuk memilih
pemenang layak yang seterusnya.
Pemenang hendaklah memberikan butiran-butiran
berikut sebagai pengesahan dan bagi proses
pemenuhan Hadiah (jika berkaitan):
-
Nama bank di mana Pemenang mempunyai akaun
bank aktif yang dikekalkan (“Akaun Bank
Aktif”)
- Nombor Akaun Bank Aktif
-
Nama penuh Pemenang seperti dalam rekod Akaun
Bank Aktif
- Akaun Perkongsian tidak dibenarkan
|
14. |
Tempoh Tuntutan Hadiah |
Sekiranya pemenang diminta untuk menuntut hadiah
yang dimenangi, maka para pemenang hendaklah
menuntut hadiah mereka di lokasi dan dalam
tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur
(“Tempoh Tuntutan Hadiah”). Sekiranya pemenang
gagal menuntut hadiah mereka (sama ada menuntut
hadiah secara sendiri atau menuntut hadiah
melalui wakil yang dicalonkan oleh pemenang)
dalam Tempoh Tuntutan Hadiah yang diperuntukkan,
Pihak Penganjur berhak menarik balik hadiah
tersebut atau memberikan hadiah tersebut kepada
peserta/pemenang yang lain.
|
15. |
Hadiah Wang Tunai
(sekiranya terpakai)
|
Hadiah wang tunai akan diberikan melalui
transaksi perbankan tanpa tunai. Pemenang
dikehendaki untuk memberikan nama bank, nombor
akaun bank dan maklumat peribadi yang betul dan
sah bagi tujuan penyampaian hadiah kepada
pemenang. Pihak Penganjur mengambil masa
kira-kira dua (2) minggu atau lebih dari tarikh
pemenang dihubungi bagi tujuan pemindahan wang
hadiah kepada pemenang. Sila pastikan nama
pemegang bank dan bank akaun adalah milik
pemenang sendiri dan setiap pemenang yang
terpilih perlulah memberikan kerjasama dengan
memberikan maklumat yang diperlukan dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan oleh Pihak Penganjur
untuk memudahkan proses penyerahan hadiah
tersebut.
Pihak Penganjur mengambil masa kira-kira dua (2)
minggu atau lebih dari tarikh pemenang dihubungi
bagi tujuan pemindahan wang hadiah kepada
pemenang.
|
16. |
Pengesahan Identiti |
Para pemenang perlu mengemukakan bukti identiti
mereka bagi tujuan pengesahan. Pemenang yang
memerlukan wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak
pemenang hendaklah memastikan bahawa wakil
tersebut mengemukakan surat kebenaran yang
ditandatangani oleh pemenang, dan surat kebenaran
tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama
sesalinan bukti identiti pemenang dan bukti
identiti wakil.
|
17. |
Terma dan syarat hadiah |
Semua hadiah yang dituntut adalah tertakluk kepada
terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam
surat pengesahan / perjanjian hadiah / baucer
hadiah. Hadiah mesti dituntut dalam tempoh yang
ditetapkan. Pihak Penganjur berhak untuk
menggantikan hadiah dengan hadiah yang lain yang
sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak
boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindahkan
milik. Semua hadiah yang disediakan oleh Pihak
Penganjur adalah atas dasar “seadanya” atau
“as-is” dan diterima oleh Peserta/pemenang tanpa
apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata
atau tersirat. Jika diminta oleh Pihak Penganjur,
Peserta hendaklah menyempurnakan surat ikatan
pelepasan dan tanggung rugi, ataupun “waiver and
indemnity” dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihak
Penganjur.
|
18. |
Tuntutan/Penghantaran hadiah |
Pihak Penganjur berhak menentukan cara
penghantaran atau penebusan hadiah dan Pihak
Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas
sebarang kesulitan, kerosakan, atau kehilangan
hadiah yang berlaku semasa proses penghantaran
atau penebusan hadiah.
|
19. |
Hak atas maklumat penyertaan dan bukti pengesahan
|
Semua maklumat penyertaan dan bukti pembelian
yang dikemukakan oleh para Peserta untuk
menyertai Peraduan ini akan menjadi hakmilik
Pihak Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan
semua hak harta intelek (termasuk hak moral)
yang wujud dalam semua Penyertaan, bukti
pembelian dan bahan-bahan lain yang dikemukakan
atau diserahkan oleh Peserta kepada Pihak
Penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada
bahan digital atau bukan digital, akan menjadi
kepunyaan Pihak Penganjur.
Di mana individu lain menyertai Peraduan bagi
pihak Peserta, Peserta dengan ini mengakui
bahawa kebenaran individu tersebut telah
diperoleh dan semua maklumat yang diberikan
adalah benar.
|
20. |
Kebenaran menggunakan butiran Peserta |
Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta/pemenang
bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak
Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar,
imej, rakaman audio dan/atau video, butiran
peribadi, dokumen dan maklumat lain
Peserta/pemenang bagi tujuan pengiklanan,
pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain,
tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu
dan tanpa perlu memberi sebarang bayaran royalti
atau pampasan kepada pihak Peserta/pemenang, dan
Peserta/pemenang dengan ini memberi kebenaran
kepada Pihak Penganjur setakat perlu di bawah
undang-undang untuk penerbitan dan penggunaan
nama, alamat, gambar, imej, rakaman audio dan/atau
video, butiran peribadi, dokumen dan maklumat lain
Peserta/pemenang tersebut. Peserta/pemenang tidak
berhak menuntut hakmilik atau apa-apa jua bentuk
pampasan lain terhadap maklumat tersebut.
|
21. |
Hak Milik Intelektual |
Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara
tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan
mengeksploitasi harta intelek melalui mana-mana
kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan
pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa
terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau
membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta
dan/atau pemenang Peraduan ini dan/atau wakil.
|
22. |
Penyingkiran Peserta/ Pemenang |
-
Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara
tunggalnya, menyingkirkan mana-mana
Peserta/pemenang yang mengganggu mekanisme,
sistem, perisian Peraduan ini atau apa-apa
proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.
-
Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara
tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta
dan/atau Penyertaan yang didapati (menurut
budi bicara Pihak Penganjur) tidak sopan atau
tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati
atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses
penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini
atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat
Peraduan ini. Pihak Penganjur berhak untuk
meneruskan tindakan undang-undang terhadap
mana-mana individu yang dipercayainya terlibat
dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain
yang memudaratkan Peraduan ini, Pihak
Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.
|
23. |
Am |
-
Pihak Penganjur dan kesemua pihak lain yang
terlibat dalam Peraduan ini termasuk tetapi
tidak terhad kepada pengarah, pegawai dan ejen
mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa
cara sekalipun terhadap yang berikut:
-
Campur tangan oleh pihak yang tidak
berkenaan semasa peraduan ini; dan/atau
-
Sebarang bentuk gangguan teknikal dan
kesilapan elektronik atau manusia dalam
pengurusan Peraduan dan pemprosesan
Penyertaan.
-
Pihak Penganjur berhak meminda terma dan
syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang
notis. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur
adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat,
rayuan, aduan atau soalan berhubung dengan
keputusan tersebut tidak akan dilayan.
-
Pihak Penganjur, agen, penaja dan wakilnya
tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan
apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan
Peraduan dan Terma dan Syarat ini dan
peraturan berhubung dengan Peraduan jika
mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan
keadaan di luar kawalan mereka dan tidak
bertanggungjawab untuk memberikan pampasan
kepada Peserta dalam apa cara jua dalam
keadaan sedemikian.
|
24. |
Terma-terma dan Syarat-syarat Tambahan |
-
Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap
telah membaca, memahami, dan bersetuju data
peribadi anda diproses mengikut Notis Privasi
seperti yang terdapat di https://mamee.com/pdpa-bm/ atau https://mamee.com/pdpa-english/(versi Bahasa Inggeris).
-
Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju
bahawa maklumat Penyertaan yang diserahkan
(termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar,
slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain,
termasuk rakaman suara atau video) hendaklah
karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak
mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar
sebarang hakcipta, paten, nama cap dagangan,
hak keempunyaan, peribadi, privasi atau hak
moral mana-mana pihak ketiga.
-
Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju
bahawa dia mengenepikan dan mengabaikan atau
telah mendapatkan pengenepian atau pengabaian
terhadap semua hak (termasuk hak moral)
daripada semua orang yang telah menyumbang
kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar
(secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak
ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta,
kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat
di dunia.
-
Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju
bahawa Penyertaan yang diserahkan oleh Peserta
tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan,
imej pornografi atau tema seksual, keganasan
grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau
melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/
menyinggung atau mungkin melanggar
undang-undang Malaysia atau bahan yang
kemungkinan akan mencemarkan imej Pihak
Penganjur atau menyebabkan Pihak Penganjur
mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran
klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak
kepada Pihak Penganjur untuk menyingkirkan dan
menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa
Penyertaan atau posting dengan serta-merta
tanpa notis terdahulu.
-
Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju
bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal
untuk menggunakan atau mengeksploitasi
Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian
daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk
perantara melalui apa-apa dan semua kaedah
atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh
hakcipta termasuk semua pembaharuan
bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa
orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu
membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada
Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Pihak
Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk
menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana
bahagian daripadanya.
-
Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju
bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan
atau mana-mana bahagian daripadanya bagi
tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan
dalam Terma dan Syarat. Sekiranya Penyertaan
atau mana-mana bahagian daripadanya
diterbitkan atau diedarkan atau ditangani
dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu
daripada Pihak Penganjur, Pihak Penganjur
berhak menurut budi bicara mutlaknya
menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan
apa-apa hadiah yang dimenangi dan tidak akan
menanggung apa-apa liabiliti pun jua
terhadapnya.
-
Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di
dalam ini kepada Pihak Penganjur tidak boleh
dibatalkan dan tidak tertakluk kepada
pembatalan, sekatan atau injunksi dalam
sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan
dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief
injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya
mengganggu penganjuran Peraduan ini,
penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau
eksploitasi Peraduan ini dan/atau apa-apa
produk berdasarkan dan/atau yang berpunca
daripada Peraduan ini.
-
Pihak Penganjur berhak pada bila-bila masa
untuk mengubah, meminda, memotong atau
menambah Terma dan Syarat dan peraturan lain
termasuk mekanisme Peraduan ini menurut budi
bicara mutlaknya.
-
Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa
Peserta akan memasuki Peraduan ini. Pihak
Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk
menolak atau enggan menerima penyerahan
Penyertaan dan kemasukan Peserta atas
sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika
Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa
peruntukan dalam Terma dan Syarat tidak
dipatuhi.
-
Pihak Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau
mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik
hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan)
jika –
-
Peserta tidak layak atau tidak memenuhi
apa-apa kriteria kelayakan yang
dibentangkan dalam Terma dan Syarat ini;
atau
-
Peserta memungkiri Terma dan Syarat ini
dan peraturan lain; atau
-
Peserta melanggar apa-apa undang-undang
atau peraturan yang berkuat kuasa; atau
-
menurut penentuan tunggal Pihak Penganjur,
Pihak Penganjur percaya bahawa Peserta
telah cuba menjejaskan pengendalian
Peraduan ini melalui fraud, penipuan atau
perdayaan.
-
Jika berlaku penyingkiran selepas hadiah
diberikan, Pihak Penganjur berhak menuntut
agar hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai
yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang
disingkirkan.
-
Meskipun Pihak Penganjur akan berusaha sedaya
upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu
mengenai kelayakan Peserta, kegagalan untuk
menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak
layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh
Pihak Penganjur.
-
Jika berkenaan, hadiah tunai akan diberikan
kepada pemenang dalam bentuk cek. Pemenang
hadiah tunai bertanggungjawab atas sebarang
dan semua cukai yang perlu dibayar (jika
perlu) akibat pemberian atau penerimaan hadiah
dan semua caj perbankan yang berkaitan
(termasuk caj cek luar) yang dikenakan oleh
bank untuk menjelaskan ceknya.
-
Peserta tidak boleh mempertikaikan atau
membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis,
pengumuman atau kenyataan awam mengenai
Peraduan ini sama ada semasa atau selepas
Tempoh Peraduan.
-
Jika mana-mana terma di dalam ini tidak sah,
menyalahi undang-undang atau tidak boleh
dikuatkuasa, ini tidak akan menjejaskan atau
memudaratkan penguatkuasaan Terma dan Syarat
lain Peraduan ini.
-
Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos
pengangkutan, caj internet, kos peribadi
dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa
jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh
Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama
ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau
menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada
Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah
atau perjalanan yang berkaitan adalah
tanggungjawab pemenang semata-mata, dan Pihak
Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi
sertaannya tidak akan menanggung apa-apa
tanggungjawab pun jua untuk
kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
-
Pihak Penganjur, ahli gabungannya, pihak
ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan
tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas
penyertaan yang hilang, rosak, terlewat
disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan
oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa
kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab
memastikan penyertaannya mematuhi semua
peraturan dan Terma dan Syarat Peraduan, dan
bahawa penyertaannya diterima oleh Pihak
Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh
Pihak Penganjur.
-
Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta
bersetuju melepaskan dan memastikan Pihak
Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan
pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka
tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang
tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit
daripada atau berhubung dengan penyertaan
mereka dalam Peraduan ini (termasuk tetapi
tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam
mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan
atau kepincangan mana-mana sistem komputer
atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan
Peraduan ini dan penerimaan dan/atau
penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan
apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini.
Semua kos yang ditanggung oleh Peserta
berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan
dan hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau
caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika
berkenaan), semua kos pengangkutan, caj
komunikasi penginapan, kos makanan dan kos
berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta
disebabkan oleh dan/atau selaras dengan
penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan
kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos
insurans, dll. hendaklah ditanggung
semata-mata oleh Peserta. Pihak Penganjur
tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk
membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan
perbelanjaan yang ditanggung olehnya.
-
Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam
Peraduan ini adalah atas risikonya sendiri.
-
Pihak Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli
gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja,
agen dan penerima serah hak mereka
masing-masing tidak akan bertanggungjawab
kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:
-
apa-apa kegagalan untuk memenangi hadiah
dalam Peraduan, hadiah yang cacat
disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau
ketinggalannya atau penyalahgunaan hadiah
atau sebarang kerugian, gantirugi, kos,
perbelanjaan, tuntutan, liabiliti,
kecederaan, kematian, kemalangan yang
dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau
berbangkit daripada atau berhubung dengan
Peraduan, penyertaan Peserta dalam
Peraduan dan/atau hadiah yang diberikan.
-
apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk
menerima dan menghantar Penyertaan
Peraduan akibat sebarang kerosakan
rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem,
gangguan dan/atau kegagalan yang dialami
oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi
Pihak Penganjur atau Peserta dan/atau
diakibatkan oleh penyertaan atau langkah
memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.
-
sebarang kesilapan (termasuk kesilapan
ketika memaklumkan pemenang Peraduan),
ketinggalan, gangguan, pemadaman,
kecacatan, kelewatan dalam pengendalian
atau penghantaran, kegagalan talian
komunikasi, pencurian, kemusnahan,
perubahan, atau akses tanpa kebenaran
kepada penyertaan, atau penyertaan yang
hilang atau terlewat sama ada berbangkit
semasa pengendalian atau penghantaran
akibat fungsi pelayan, virus, pepijat,
atau sebab lain di luar kawalan Pihak
Penganjur.
|
25. |
Keadaan di Luar Kawalan |
Pihak Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak
akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa
kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan
Terma dan Syarat ini dan peraturan berhubung
dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat
demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka
dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan
pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam
keadaan sedemikian
|
26. |
Perlindungan Data |
Pihak Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga
yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi
peserta yang selamat dan memerlukan pemproses data
pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama.
Sila ambil perhatian bagaimanapun, pihak Penganjur
boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika
dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang,
atau dengan waran geledah, sepina atau perintah
mahkamah.
|
27. |
Penyerahan |
Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan sebarang
atau kesemua hak dan tanggungjawabnya dalam Terma
dan Syarat ini kepada mana-mana syarikat sekutunya
mengikut budi bicara mutlak Pihak Penganjur.
Peserta juga bersetuju yang sebarang kebenaran
yang diberikan dalam Terma dan Syarat ini kepada
Pihak Penganjur akan berlanjut kepada
syarikat-syarikat sekutu Pihak Penganjur di mana
Peserta akan dianggap turut memberikan kebenaran
tersebut kepada syarikat-syarikat sekutu Pihak
Penganjur terbabit.
|